KENAPA orang muslim percaya bahawa teks Al-Kitab (Bible) telah mengalami perubahan?
1. Al-Qur'an mengisytiharkan Al-Kitab sebagai diturunkan oleh Allah dan
berkehendakkan keimanan pada Al-Kitab.
Surah 2:40-42,126,136,285; 3:3,71,93; 4:47,136; 5:47-51,
69,71-72; 6:91; 10:37,94; 21:7; 29:45,46; 35:31; 46:11
a. Ayat-ayat di atas mengandaikan kewujudan dan adanya wahyu benar
Allah yang diturunkan kepada manusia dalam zaman Nabi Muhammad.
Surah 3:71,93; 10:94; 21:71
b. Seorang muslim yang benar wajib mempercayai dan beriman kepada
semua yang diturunkan oleh Allah.
Surah 2:136; 4:136; 29:46
c. Al-Qur'an tidak membeza-bezakan antara apa yang telah diturunkan dan
diberikan oleh Allah.
Surah 2:136
2. Al-Qur'an menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah
Allah.
Surah 6:34; 10:64; 6:115
NAMUN,
3. Al-Kitab dan Al-Qur'an tidak saling bersetuju.
Al-Kitab dan Al-Qur'an berbeza luas pada konsep-konsep keimanan dan keamalan
mahupun yang paling asas.
TETAPI,
4. Oleh kerana Al-Kitab wujud sebelum Al-Qur'an, kewajipan memberi bukti adalah pada
orang Islam untuk membuktikan bahawa Al-Kitab adalah salah DAN bahawa
Al-Qur'an adalah betul.
a. Al-Kitab telah disempurnakan 500 tahun sebelum Al-Qur'an diturunkan kepada
Muhammad. Sekiranya, hari ini seorang penulis menerbitkan sebuah buku
yang bertentangan fakta dengan sebuah dokumen sejarah yang ditulis pada masa
ketika peristiwa yang bersejarah itu berlaku pada tahun 1497, si penulis yang
menerbitkan bukunya itu mesti menunjukkan bahawa dokumen yang awal itu tidak
tepat DAN menunjukkan juga bahawa apa yang diterbitnya itu adalah fakta benar.
b. Dokumen sejarah itu yang ditulis pada ketika peristiwa bersejarah itu berlaku
tidak perlu dibuktikan benar untuk menentang dokumen yang terkemudian itu.
Tuntutan bahawa ia perlu dibuktikan benar adalah tidak logik, tidak rasional
dan tidak berpegang kepada prinsip-prinsip sains sejarah.
c. Dengan membuktikan bahawa dokumen yang awal dan lebih tua itu tidak tepat
tidak bermaksud secara automatik bahawa dokumen yang terkemudian itu tepat.
Dokumen yang terkemudian itu mesti boleh berdiri atas kaki sendiri dan
membuktikan dirinya.
JADI MENGAPAKAH ORANG MUSLIM PERCAYA BAHAWA AL-KITAB TELAH MENGALAMI KORUPSI?
5. Dalam tahun 1064, Ibn-Khazem, ialah orang PERTAMA yang MULA menuduh bahawa Al-Kitab
telah diubahkan dan dipalsukan. Tuduhan ini adalah untuk mempertahankan Islam
terhadap agama Kristian kerana Ibn-Khazem menemui perbezaan dan kontradiksi antara
Al-Kitab dan Al-Qur'an. Oleh kerana Ibn-Khazem percaya bahawa Al-Qur'an adalah benar,
maka tidak hairanlah dia menuduh Al-Kitab palsu. Dia menyatakan bahawa, "Oleh kerana
Al-Qur'an mestilah benar, maka teks-teks Injil yang bertentangan itu mestilah palsu.
Akan tetapi, Muhammad mengarahkan kita untuk menghormati Injil. Oleh yang demikian, teks
yang ada sekarang telah dipalsui umat Kristian selepas zaman Muhammad."
Alasan Ibn-Khazem, tidak berdasarkan kepada apa-apa bukti mahupun fakta sejarah tetapi
hanya kepada imannya, pemikirannya dan hasratnya untuk mempertahankan Al-Qur'an.
Ini telah membawa kepada dirinya mengajar bahawa, "Umat Kristian telah kehilangan
Injil yang diturunkan kecuali sedikit kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Allah sebagai
perbahasan terhadap mereka."
TETAPI,
6. Ramai guru-guru Ugama Islam yang terkenal TIDAK percaya bahawa Al-Kitab telah mengalami
perubahan dan MENERIMA ketulenan teks-teks Perjanjian Baru (New Testament) yang dimiliki
kita HARI INI.
a. Ali al-Tabari (meninggal 885) menerima teks-teks Injil
b. Amr Al-Ghakhiz (869) " " " "
c. BUKHARI (810-870) " " " "
(Beliau mengumpul beberapa hadith yang terawal dalam Islam, dan memetik dari
Al-Qur'an sendiri untuk menyokong kepercayaan dalam ketulenan tek Al-Kitab
Surah 3:72,78)
d. Al-Mas'udi (956) " " " "
e. Abu Ali Husain Bin Sina (1037) " " " "
f. AL-GHAZZALI (1111) " " " "
(mungkin sarjana Islam yang paling terkenal, beliau hidup selepas Ibn-Khazem
tetapi tidak meneriman ajarannya)
g. Ibn-Khaldun (1406) " " " "
(Beliau hidup selepas Ibn-Khazem tetapi tidak menerima ajarannya, sebaliknya
beliau mempercayai doktor-doktor Islam yang lebih awal.)
h. Sir Sayyid Ahmad Khan, pengasas Koleh Aligarh "Pada pendapat kami,
pengikut-pengikut Mohammad,
adalah tidak terbukti korupsi (tahrif-i-lafzi)... telah diamalkan."
i. Fakhruddin Razi, berdasarkan kuasa Ibn Abbas, anak saudara Muhammad, "Orang Yahudi
dan Orang Kristian awal, telah dicurigai mengubah teks Taurat dan Injil; akan
tetapi pada pendapat guru-guru yang terkemuka dan ahli agama/ulama, adalah
tidak praktis untuk mengubah teks tersebut, kerana kitab-kitab suci itu diketahui
secara umum dan teredar luas, setelah diturunkan dari generasi ke generasi.
JADI,
MENGAPAKAH ANDA percaya bahawa teks Al-Kitab telah diubah?
MENGAPAKAH anda percaya pada Ibn-Khazem lebih daripada keterangan Al-Qur'an,
kata-kata Muhammad, and 10 sarjana Islam termuka yang mempercayai
bahawa teks-teks Al-Kitab adalah benar?
Sumber:
"Christians Answer Muslims", Gerhard Nehls, 1992
"Can We Trust the Bible?", J Wijngaard
"Al-Qur'an", A. Yusuf Ali
"Kitab al-Asnam", Ibn al-Kalbi, 1952
"Sahih al Bukhari", 6th ed. 1986
"The Islamic Christian Controversy", LCA 1996